NASIONALISME
MAKSUD NASIONALISME
Nasionalisme bermaksud perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara. Nasionalisme juga boleh dikaitkan sebagai semangat kebangsaan yang menjelaskan sikap dan pendekatan berkaitan dengan perjuangan menentang penjajahan serta pembelaan terhadap bangsa dan negara. Selain itu,nasionalisme bermaksud gerakan untuk mencapai kebebasan politik, ekonomi dan sosial daripada penguasaan orang asing. Idea nasionalisme tidak sama antara negara dengan zaman kerana idea tersebut berkait rapat dengan pengalaman sejarah dan pengaruh sekeliling seperti keturunan, agama, bahasa dan adat resam.
PERKEMBANGAN NASIONALISME DI BARAT
Nasionalisme di Barat berkembang hasil daripada penentangan terhadap pemerintahan beraja yang menjadi symbol penindasan yang menggugat hak dan kebebasan rakyat. Terdapat tiga contoh nasionalisme di barat antaranya ialah antiraja iaitu Revolusi Keagungan di England dan Revolusi Perancis. Selain itu, idea nasionalisme juga dikaitkan dengan perjuangan untuk memperoleh kemerdekaan daripada penjajah kuasa asing iaitu Revolusi Amerika.
Revolusi Keagungan di England berlaku disebabkan keinginan menegakkan kedaulatan parlimen ada asasi rakyat. Tercetus disebabkan Raja James II membelakangkan parlimen semasa menggubal undang-undang. Ahli parlimen bangkit menentang pemerintahan raja berkuasa mutlak dengan sokongan Mary II dan suaminya, Raja William of Orange. Dikenali sebagai Revolusi Keagungan kerana peralihan kuasa berlaku secara aman tanpa pertumpahan darah.
Revolusi Amerika merupakan reaksi orang Amerika menentang British. Penetangan ini disebabkan oleh tindakan British tidak melindungi hak penduduk Amerika yang merupakan sebahagian daripada empayar British. Terdapat 13 buah tanah penjajahan British di Amerika.Pemimpin di tanah jajahan menubuhkan kongres yang diketuai oleh George Washington dan mengisytiharkan perang terhadap British untuk memperjuangkan kemerdekaan Amerika.Revolusi Amerika berakhir pada tahun 1783, apabila British mengakui kemerdekaan Amerika.
Revolusi Perancis pula tercetus daripada idea nasionalisme yang memperjuangkan kebebasan, persamaan dan persaudaraan oleh golongan pemikir Perancis seperti Jean Rousseau dan Voltaire. Rousseau telah menulis The Social Contract yang mengemukakan keunggulan suara rakyat bagi menjamin kesejahteraan masyarakat. Menurut Rousseau,kedaulatan suara rakyat lebih tinggi dan penting daripada institusi raja dan birokrasi. Sasaran golongan revolusi adalah terhadap pemerintahan autokratik Raja Louis XVI dan golongan bangsawan. Golongan revolusi menggempur penjara Bastile,membebaskan tahanan politik dan seterusnya menggulingkan Raja Louis.
NASIONALISME DI ASIA
Perkembangan nasionalisme di Asia merupakan kesinambungan idea nasionalisme di Barat kesan daripada pertembungan yang berlaku dengan bangsa Eropah.Kedatangan dan penjajahan kuasa Eropah di Asia telah mencetuskan kebangkitan nasionalisme. Antaranya ialah nasionalisme di India. Nasionalisme di India merupakan reaksi penduduk tempatan terhadap dasar imperialism British. Nasionalisme awal bercorak gerakan yang memberikan perhatian terhadap isu sosioagama. Pada penghujung abad ke-19, perkembangan pendidikan Barat membawa kemunculan golongan intelektual yang memulakan gerakan nasionalisme yang lebih tersusun.Mereka menubuhkan pertubuhan politik untuk menyuarakan pandangan. Pada awal abad ke-20, muncul gerakan bersifat keras yang diketuai oleh nasionalis radikal seperti Bal Gangadhar Tilak dan Bipin Chandra Pal. Seterusnya terdapat juga nasionalisme di China. Nasionalisme di China bertujuan mengukuhkan peradaban China dalam kalangan orang Cina daripada acaman penguasaan politik dan ekonomi oleh kuasa asing. Nasionalisme di China bermula dengan penentangan terhadap kelemahan pemerintahan Dinasti Manchu yang dianggap sebagai orang luar dan kehilangan mandat. Tokoh yang mempelopori gerakan kebangkitan rakyat di China ialah Dr. Sun Yat Sen.Beliau mengemukakan Tiga Prinsip Rakyat sebagai ideaologi perjuangan iaitu nasiolisme, demokrasi dan kebajikan sosial. Selain itu, terdapat juga nasionalisme di Empayar Uthmaniyah dan Mesir. Nasionalisme empayar ini lahir daripada kesedaran untuk mempertahankan sistem pemerintahan Islam dan agama Islan yang diancam oleh imperialism Barat pada abad ke-19. Kesedaran tersebut mencetuskan gerakan Pan-Islamisme dan gerakan Islah. Gerakan Pan-Islamisme bermula pada tahun 1883, Sayyid Jamal al-Din al-Afghani menubuhkan kumpulan yang diberikan nama al-Urwah al-Wuthqa. Kumpulan ini ditubuhkan untuk memperkuat rasa persaudaraan dan membawa umat Islam kepada kemajuan. Pertubuhan ini menerbitkan akhbar untuk menyeru umat Islam di seluruh dunia untuk bangkit menghalang perluasan kuasa Barat. Pada tahun 1914, empayar Uthmaniyah mengeluarkan fatwa menyeru semua umat Islam yang ditindas bangkit berjuang bersama-sama. Gerakan Islah pula merujuk gerakan pemulihan islam. Gerakan ini telah dipelopori oleh Sayyid Jamal dan Sheikh Muhammad Abduh. Imperialisme Barat di Mesir menyebabkan berlakunya pertembungan kebudayaan antara Eropah-Amerika dengan kebudayaan tempatan yang mengubah budaya dan tradisi kepercayaan tempatan. Dengan itu,gerakan Islah menyeru umat Islam berpegang pada ajaran Islam yang sebenar. Akhir sekali ialah nasionalisme di Jepun. Nasionalisme di Jepun pula digerakkan oleh pemerintah Jepun disebabkan oleh kesedaran untuk mencapai kemajuan bagi mengelakkan ancaman imperialisme Barat. Prinsip dan semangat bushido dijadikan asas membina nasionalisme dalam kalangan rakyat dan pemerintahan samasa era Pemulihan Meiji. Pemulihan meliputi gerakan pembaharuan dalam semua aspek kehidupan.
NASIONALISME DI ASIA TENGGARA
Nasionalisme di Asia Tenggara berakar umbi daripada gerakan membebaskan diri daripada penjajahan kuasa Barat seperti yang berlaku di Filipina, Burma, Vietnam dan Indonesia. Gerakan nasionalisme di Thailand bersifat menuntut pembaharuan dalam pentadbiran kearah mengekalkan kedaulatan negara daripada ancaman imperialisme. Antaranya ialah nasionalisme di Filipina. Nasionalisme di Filipina muncul untuk menghapuskan penjajahan asing.Nasionalisme peringkat awal berbentuk Gerakan Propaganda yang dipimpin oleh Jose Rizal. Gerakan ini menuntut Filipina dijadikan sebahagian daripada wilayah Sepanyol yang mempunyai hak yang sama seperti bangsa Sepanyol. Kegagalan Gerakan Propaganda mencetuskan idea nasionalisme yang lebih radikal. Aguinaldo kemudiannya bekerjasama dengan Amerika Syarikat dan berjaya mengusir Sepanyol dari Filipina. Namun begitu, pengisytiharaan kemerdekaan Filipina tidak diiktiraf oleh Amerika Syarikat, sebaliknya Filipina diletakkan di bawah penguasaan Amerika Syarikat. Golongan nasionalis ini mengubah strategi perjuangan dengan menggunakan saluran diplomasi melalui parti politik sederhana. Gerakan menuntun kemerdekaan ini diteruskan oleh golongan nasionalis sehingga Perang Dunia Kedua. Selain itu, nasionalisme di Burma. Nasionalisme di Burma pula ialah manifesti perjuangan golongan kelas menengah, sami Buddha ,Thakin dan golongan petani menentang imperialisme British. Nasionalisme digerakkan oleh golongan kelas pertengahan berpendidikan Barat. Perkembangan nasionalisme berikutnya dipengaruhi oleh pengenalan Perlembagaan Burma yang memisahkan Burma dengan India. Perlembagaan tersebut merangsang perjuangan ke arah kerajaan sendiri. Seterusnya ialah nasionalisme di Vietnam. Nasionalisme di Vietnam muncul akibat perubahan sosiopolitik dan sosioekonomi selepas kedatangan Perancis. Gerakan nasionalisme Vietnam dipelopori oleh golongan bangsawan dan pegawai dalam golongan Mandarin.Perjuangan VNQDD (Viet Nam Quoc Dang Dang) berteraskan demokrasi, nasionalisme dan sosiolisme. Kemudian, terdapat juga nasionalisme di Indonesia. Nasionalisme di Indonesia pula pada awalnya berkisarkan isu pendidikan untuk mengubah nasib rakyat akibat dasar penjajahan Belanda.Pada tahun 1928, Kongres Pemuda Indonesia melahirkan ikrar “Sumpah Pemuda” yang menjadi tonggak nasionalisme. Tiga asas dalam sumpah tersebut ialah satu tanah air, satu bangsa, dan satu bahasa untuk mewujudkan keutuhan negara bangsa. Akhir sekali ialah nasionalisme di Thailand. Nasionalisme di Thailand berbeza daripada gerakan nasionalisme di negara lain yang bersifat anti penjajah dan memperjuangkan kemerdekaan. Gerakan nasionalisme Thailand bertujuan mempertahankan kedaulatan negara serta menuntut penglibatan rakyat dalam pemerintahan. Nasionalisme seterusnya berkisarkan rasa tidak puas hati rakyat terhadap penguasaan ekonomi oleh kapitalis Barat dan Orang Cina.
PERANG DUNIA PERTAMA
Perang Dunia Pertama berlangsung antara tahun 1914-1918 dan hanya berlaku dalam kalangan negara-negara Eropah sahaja. Negara-negara Eropah yang terlibat dalam peperangan ini ialah Jerman, Britain, Rusia, Perancis, Austria-Hungary, Serbia, Itali, Belgium dan Turki. Perang Dunia Pertama melibat dua pihak iaitu Triple Alliance (Perikatan Tiga Kuasa) dan Triple Entente (Pakatan Tiga Kuasa). Akhirnya, Triple Entente yang dipimpin oleh Rusia berjaya menewaskan Triple Alliance yang diketuai oleh Jerman.
Antara salah satu sebab-sebab tercetusnya Perang Dunia Pertama adalah kerana kegagalan sistem pakatan. Kegagalan sistem pakatan untuk mewujudkan keseimbangan kuasa dalam kalangan negara-negara Eropah telah menjadi salah satu sebab meletusnya Perang Dunia Pertama. Sistem pakatan ini telah menyebabkan dunia Eropah terbahagi kepada 2 kuasa iaitu Triple Alliance (Perikatan Tiga Kuasa) yang diketuai oleh Jerman dan disertai oleh Austria-Hungary, Turki dan Bulgaria. Manakala Triple Entente (Pakatan Bertiga) pula diketuai oleh Rusia yang turut disertai oleh Perancis, Britain, Itali, Serbia, Romania dan Greece. Tujuan pakatan ini ialah untuk menyekat mana-mana kuasa atau blok menjadi lebih kuat daripada lawannya. Selepas tahun 1908, sistem pakatan ini tidak bermakna lagi apabila negara seperti Serbia yang disokong Rusia begitu bebas bertindak dengan menggunakan ketenteraan, tindakan Austria-Hungary dan Rusia untuk mengukuhkan pengaruh masing-masing dalam kalangan bangsa Slav dan tindakan Rusia berusaha mencari jalan keluar bagi angkatan lautnya dari Laut Hitam ke Laut Tengah dengan menguasai Selat Bosporus dan Istanbul.
Selain itu, kesan-kesan perang dunia pertama ialah daripada segi politik, di negara Rusia, mereka menamatkan sistem pemerintahan beraja Perang Dunia Pertama telah menamatkan pemerintahan beraja di Rusia di bawah kerajaan Tsar yang pernah memerintah Rusia selama 400 tahun. Perang Dunia Pertama telah menguji kemampuan kerajaan menghadapi keadaan semasa. Kekalahan demi kekalahan yang dihadapi oleh Rusia khususnya pertempuran dengan Jerman menyerlahkan kelemahan kerajaan Tsar. Kekalahan teruk tentera Rusia di medan perang menyebabkan kesetiaan sebahagian tentera berbelah bagi. Daripada segi ekonomi ialah, berlaku Inflasi dan kekurangan bekalan makanan Di Jerman, kekurangan bekalan makanan menyebabkan berlakunya masalah inflasi dan terpaksa mengenakan catuan terhadap bahan makanan yang penting seperti roti, kentang, susu dan daging sehingga menyebabkan rusuhan anti-kerajaan pada tahun 1917 di Berlin dan Leipzip yang melibatkan hampir 300,000 orang pekerja. Di Rusia, timbul masalah dalam sektor pertanian akibat kekurangan buruh kerana 4 juta buruh dalam sektor ini dikerah menyertai pasukan tentera. Keadaan tersebut menyebabkan pengeluaran pertanian terus berkurangan manakala daripada segi sosial ialah korban nyawa dan kecederaan Perang Dunia Pertama banyak mengorbankan nyawa. Kira-kira 8.5 juta tentera terkorban dan 12.5 juta orang awam terkorban. Dari segi harta benda pula, peperangan ini mengakibatkan kemusnahan yang bernilai AS$ 36 760 juta. Britain kehilangan 750,000 rakyatnya, iaitu 9% daripada jumlah penduduk lelakinya yang berumur 45 tahun ke bawah manakala bilangan yang cedera dianggarkan berjumlah 2 juta orang.
PERANG DUNIA KEDUA
Perang dunia kedua ialah perang dunia yang telah berlangsung dari tahun 1939 hingga 1945. Konflik antarabangsa ini melibatkan sebahagian besar negara-negara dunia termasuklah semua kuasa besar yang membentuk dua pakatan tentera yang utama iaitu Kuasa Bersekutu dan Kuasa Paksi. Dalam keadaan perang menyeluruh, ia membabitkan lebih daripada 100 juta orang anggota tentera dari lebih 30 buah negara, dengan negara-negara utama yang terlibat dalam perang ini menggunakan seluruh kemampuan ekonomi, industri dan ilmiah mereka di sebalik usaha perang, yang mengaburkan perbezaan antara sumber awam dan ketenteraan. Perang Dunia Kedua juga merupakan konflik yang paling banyak menyebabkan kematian dalam sejarah manusia, yang telah mengorbankan kira-kira 70 hingga 85 juta nyawa, dengan lebih banyak orang awam terbunuh berbanding anggota tentera. Peperangan ini juga memperlihatkan Amerika Syarikat keluar daripada dasar mengasingkan diri, kemusnahan dan kebangkitan semula Jerman, Jepun sebagai kuasa industri utama, dan kemunculan Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet sebagai kuasa besar dunia yang membawa kepada Perang Dingin. Peperangan ini juga secara langsung membawa kepada penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Oktober 1945 selepas tamatnya perang tersebut, yang ditubuhkan oleh Kuasa Bersekutu yang menang agar pertelingkahan yang berskala besar dan membinasakan tidak akan berlaku lagi buat selama-lamanya.
Comments
Post a Comment