ESEI KBAT

1.  Sejauh manakah perubahan politik dunia telah mengubah tindakan dan pemikiran orang Melayu sebelum merdeka. 

Pada pandangan saya, perubahan politik dunia telah mengubah tindakan dan pemikiran orang Melayu sebelum merdeka adalah dengan disemarakkan dengan kesedaran nasionalisme yang berasaskan kaum yang didorong oleh dasar ‘pecah dan perintah’ British sendiri kerana sebelum diiktiraf merdeka di Malaysia, negara kita banyak menerapkan ideologi politik British. Ini adalah disebabkan kerana Malaysia pernah dijajah oleh British pada zaman dahulu. Pada peringkat awal lagi, kedatangan British untuk menguasai dan menjajah negara ini telah dihalang oleh gerakan anti-penjajahan di setiap negeri. Sesungguhnya perjuangan tokoh-tokoh terdahulu menggambarkan bahawa kemerdekaan negara ini bukan diperolehi dengan jalan mudah, tetapi sebaliknya dengan berkorban nyawa, darah, keringat dan air mata. Key concept 'change' dapat dikaitkan kerana pada peringkat awal, kegiatan mereka lebih cenderung untuk memperjuangkan kebajikan di kalangan penduduk, tetapi akhirnya bertukar corak menjadi gerakan massa untuk membangunkan masyarakat dan memperjuangkan kemerdekaan



2. Perjuangan nasionalis di seluruh dunia telah memberi kesan kepada nasionalisme Orang Melayu sebelum merdeka. Jelaskan. 

Kesedaran nasionalisme di negara kita dapat ditelusuri sejak  zaman Kesultanan Melayu Melaka. Sejarah perjuangan bangsa menghadapi ancaman luar dapat dilihat. Usaha pemimpin seperti Sultan Muzaffar Shah dan Sultan Mahmud Shah seharusnya disanjung oleh Orang Melayu. Sultan Mahmud Shah berusaha mendapatkan Melaka kembali dengan melakukan tiga kali serangan kepada Portugis namun gagal. Selain itu, perjuangan Sultan Abdullah Mukarram Shah dapat dilihat apabila beliau berusaha mendapatkan Pulau Pinang kembali yang merupakan sebahagian daripada wilayah Kedah. Dengan contoh-contoh yang telah dinyatakan, kita dapat mengetahui bahawa tokoh-tokoh pemimpin kita menerapkan nilai nasionalisme yang tinggi dengan sanggup bertarung nyawa berkali-kali untuk mencapai kemerdekaan terhadap negara kita. Perkara ini dapat dikaitkan dengan related concept 'casuality dan processes' kerana tokoh-tokoh tersebut mempelajari daripada kegagalan berjuang walaupun telah bertarung nyawa beberapa kali.



3. Bagaimana nasionalisme di Asia Tenggara telah mempengaruhi politik dunia

Nasionalisme di Asia Tenggara telah mempengaruhi politik dunia adalah dengan golongan nasionalis ini mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang politik ketika perjuangan mereka. Hal ini menjadikan politik dunia semakin maju dengan adanya pemikiran seperti berpandangan jauh. Sebagai contoh, apabila pengisytiharaan kemerdekaan Filipina tidak diiftiraf, golongan nasionalis ini mengubah strategi perjuangan dengan menggunakan saluran diplomasi melalui parti politik sederhana. Mereka tidak menyerah dan menuntut kemerdekaan ini sehingga Perang Dunia Kedua. Nasionalisme di Indonesia juga telah mempengaruhi politik dunia dengan  kesedaran yang terus berkembang dengan kemunculan pertubuhan yang lebih tersusun dan sistematik untuk mempertahankan agama Islam. Related concept yang dimiliki ialah power kerana dengan semangat perjuangan mereka, para nasionalis ini telah dapat mengubah pemikiran orang untuk tidak berputus asa dan sentiasa bijak dalam membuat keputusan.



4. Debatable - Generasi muda hari ini tidak patriotik dan hilang jati diri. Hujahkan.

Pada pandangan saya, saya bersetuju dengan pandangan diatas. Ini adalah kerana segelintir generasi muda sekarang lebih mementingkan kerjaya mereka serta sibuk dengan urusan harian mereka yang menyebabkan mereka tidak menghiraukan perkara yang lain yang merupakan salah satu kepentingan untuk dipupuk dan dijaga sebaik mungkin. Bagi mereka, perkara penting dalam hidup adalah berusaha untuk menambahkan pendapatan dan mencari kekayaan semata-mata. Hal-hal lain kurang diberi perhatian menyebabkan semangat dan penghayatan patriotisme kini kian pudar dalam masyarakat kita. Contohnya, aktiviti seperti kempen-kempen kesedaran serta sambutan hari kemerdekaan kurang mendapat sambutan. Selain itu, generasi kini kurang disemai dengan nilai-nilai cintakan negara dan semangat patriotisme pada Malaysia. Mereka kurang mendapat pendedahan tentang perjuangan dan pengorbanan jasa-jasa golongan terdahulu yang telah bersusah payah menuntut kemerdekaan. Seperti contoh, masyarakat kini tidak merasai semasa zaman penjajahan dulu dan ada juga segelintir masyarakat yang tidak tahu langsung tentang sejarah sebelum mendapat kemerdekaan dahulu. Seterusnya, generasi muda kini mudah terpengaruh dengan budaya dan pemikiran barat. Hal ini menyebabkan semangat patriotisme kian pudar dan lebih memburukkan keadaan kerana mereka lebih mengagungkan budaya luar daripada cinta akan budaya negara sendiri. Seperti contoh, mereka lebih mengikut gaya berpakaian, pergaulan yang bebas dan bermacam aktivti lain daripada barat yang mendorong kepada gejala sosial yang serius. Kesimpulannya, generasi kini mudah sangat terpengaruh dengan hiburan semasa sehingga perihal negara tidak diendahkan lagi serta diketepikan. Pemimpin negara serta ibu bapa perlu memainkan peranan yang sangat penting ini agar generasi muda hari ini boleh berjaya mentadbir negara pada masa hadapan dengan lebih baik. Related concept yang dapat dikaitkan adalah change kerana generasi kini lebih banyak berubah perlakuan serta akhlak mereka setelah Malaysia mencapai kemerdekaan dan ini perlu diperbetulkan semula oleh semua pihak yang bertanggungjawab.

2. 


Comments