NASIONALISME
MAKSUD NASIONALISME Nasionalisme bermaksud perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara. Nasionalisme juga boleh dikaitkan sebagai semangat kebangsaan yang menjelaskan sikap dan pendekatan berkaitan dengan perjuangan menentang penjajahan serta pembelaan terhadap bangsa dan negara. Selain itu,nasionalisme bermaksud gerakan untuk mencapai kebebasan politik, ekonomi dan sosial daripada penguasaan orang asing. Idea nasionalisme tidak sama antara negara dengan zaman kerana idea tersebut berkait rapat dengan pengalaman sejarah dan pengaruh sekeliling seperti keturunan, agama, bahasa dan adat resam. PERKEMBANGAN NASIONALISME DI BARAT Nasion alisme di Barat berkembang hasil daripada penentangan terhadap pemerintahan beraja yang menjadi symbol penindasan yang menggugat hak dan kebebasan rakyat. Terdapat tiga contoh nasionalisme di barat antaranya ialah antiraja iaitu Revolusi Keagungan di England dan Revolusi Perancis. Selain itu, idea nasionalisme juga dikaitkan dengan perjuangan un...