Posts

Showing posts from March, 2021

NASIONALISME

MAKSUD NASIONALISME Nasionalisme bermaksud perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara. Nasionalisme juga boleh dikaitkan sebagai semangat kebangsaan yang menjelaskan sikap dan pendekatan berkaitan dengan perjuangan menentang penjajahan serta pembelaan terhadap bangsa dan negara. Selain itu,nasionalisme bermaksud gerakan untuk mencapai kebebasan politik, ekonomi dan sosial daripada penguasaan orang asing. Idea nasionalisme tidak sama antara negara dengan zaman kerana idea tersebut berkait rapat dengan pengalaman sejarah dan pengaruh sekeliling seperti keturunan, agama, bahasa dan adat resam. PERKEMBANGAN NASIONALISME DI BARAT Nasion alisme di Barat berkembang hasil daripada penentangan terhadap pemerintahan beraja yang menjadi symbol penindasan yang menggugat hak dan kebebasan rakyat. Terdapat tiga contoh nasionalisme di barat antaranya ialah antiraja iaitu Revolusi Keagungan di England dan Revolusi Perancis. Selain itu, idea nasionalisme juga dikaitkan dengan perjuangan un...

ESEI KBAT

1.  Sejauh manakah perubahan politik dunia telah mengubah tindakan dan pemikiran orang Melayu sebelum merdeka.  Pada pandangan saya, perubahan politik dunia telah mengubah tindakan dan pemikiran orang Melayu sebelum merdeka adalah dengan disemarakkan dengan kesedaran nasionalisme yang berasaskan kaum yang didorong oleh dasar ‘pecah dan perintah’ British sendiri kerana sebelum diiktiraf merdeka di Malaysia, negara kita banyak menerapkan ideologi politik British. Ini adalah disebabkan kerana Malaysia pernah dijajah oleh British pada zaman dahulu. Pada peringkat awal lagi, kedatangan British untuk menguasai dan menjajah negara ini telah dihalang oleh gerakan anti-penjajahan di setiap negeri. Sesungguhnya perjuangan tokoh-tokoh terdahulu menggambarkan bahawa kemerdekaan negara ini bukan diperolehi dengan jalan mudah, tetapi sebaliknya dengan berkorban nyawa, darah, keringat dan air mata. Key concept 'change' dapat dikaitkan kerana pada peringkat awal, kegiatan mereka leb...